Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut


Tatabahasa27.09.2010
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you.Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata.Tatabahasa28.04.2014
Yang betul? Di dalam laut/dalam laut?Frasa yang betul ialah di dalam laut.Tatabahasa26.08.2014
Ramli berenang (di dalam laut / di laut )?Ramli berenang di laut.Tatabahasa11.05.2012
Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut?Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut)Lain-lain30.08.2015
jangan abil kuah kari itu sampai melaut dalam pinggan nasi kamu. ayat ini melaut salah digunakan? melaut=seperti laut. kalau salah, bagaimana betulkan ayat ini? TQ

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, melaut bermaksud 1. seperti laut, luas seperti laut 2. turun ke laut (untuk belayar dan lain-lain). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan melaut memang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan melaut boleh digantikan dengan perkataan penuh. (jangan ambil kuah kari itu sampai penuh dalam pinggan nasi kamu.)

Tatabahasa19.09.2011
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut?

Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanam­an, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut.

Istilah24.04.2011
laut mana tidak bergeloraSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain07.04.2017
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih.Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih.

Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap.
Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera);
laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi.  Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin.

Istilah28.05.2013
Adakah penggunaan kata penguat dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Pemandangan laut itu indah amat. 2. Pemandangan laut itu indah benar 3. Pemandangan laut itu nian. Selain itu, apakah perbezaan penggunaan kata penguat di atas. Sebab maksudnya macam sama sahaja. Ada apa cara untuk bezakan mereka? Asal usul soalan ini terdapat daripada pdf file yang disertakan pada soalan 9. Harap berikan tunjuk ajar secepat mungkin. Terima kasih banyak-banyak.

Penggunaan kata penguat dalam ayat yang diberikan betul.

1. Pemandangan laut itu indah amat.
2. Pemandangan laut itu indah benar
3. Pemandangan laut itu indah nian.

Ketiga-tiga penggunaan kata penguat dalam ayat tersebut, iaitu “amat”, “benar” dan “nian”  membawa maksud yang sama.

Terdapat tiga jenis kata penguat, antaranya:

1. Kata penguat hadapan, iaitu perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin dan kurang.
2. Kata penguat belakang, iaitu perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, benar, betul dan nian.
3. Kata penguat bebas, iaitu perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat, sangat dan sungguh.

Tatabahasa09.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas