Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
taman lautmarine parkKawasan di dasar laut yang ditetapkan untuk pemuliharaan spesies laut.Menengah Atas
bayu lautsea breezePergerakan udara dari laut ke daratan disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan yang berhampiran. Lihat RajahMenengah Rendah
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
bayu daratland breezePergerakan udara dari daratan ke laut disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada daratan yang berhampiran. Lihat RajahMenengah Rendah
dugongdugongSejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan ikan paus kecil dan mempunyai kaki sirip. Lihat RajahSekolah Rendah
masinsaltyRasa seperti air laut atau garam.Sekolah Rendah
umang-umangsoldier crabSejenis ketam laut yang kecil, yang biasanya tinggal di dalam kulit siput. Lihat RajahSekolah Rendah
biosferabiosphereKeseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup.Menengah Atas
petroleumpetroleumMinyak mentah yang dijumpai di bawah tanah atau dasar laut.Menengah Rendah
tanah payawetlandTanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya.Menengah Atas
12

Kembali ke atas