Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK

Tasik ialah kumpulan air yang dikelilingi daratan.

Tasik boleh ditemui di semua bahagian di dunia.

Sesetengah kumpulan air yang besar yang

biasanya dikenali sebagai laut adalah sebenarnya

tasik. Laut-laut tersebut termasuklah Laut Mati, Laut

Galilee , dan Laut Kaspia. Sesetengah tasik terletak

berdekatan kawasan bumi yang tertinggi dan yang

lainnya terletak jauh di bawah aras laut.

UMUM 
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
ANJING LAUT

Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan

licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti

tornado. Anjing laut ialah perenang yang

terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam

air.

UMUM 
DARDANELLES

Dardanelles ialah selat yang menghubungkan

Laut Aegean dengan Laut Marmara. Selat ini

merupakan sebahagian daripada jalan air dari

Laut Hitam ke Laut Mediterranean.

UMUM 
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM 
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
NEREIDS

Nereids ialah 50 dewi laut yang cantik yang

menghadiri pertemuan tuhan laut, iaitu Poseidon

dan Amphitrite. Nereid ialah anak-anak kepada

dewi laut Doris dan Nereus yang juga dikenali

sebagai Orang Tua Laut. Nereid tinggal di laut dan

timbul di permukaan untuk menari di dalam

ombak. Pemimpin mereka ialah Thetis, iaitu ibu

kepada wira Archilles. Nereid yang terkenal

termasuklah Psamathe dan Galatea.

Lihat Andromeda; Nereus.

UMUM 
ARAS LAUT

Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa

berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara

satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras

laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka

masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan

min aras laut sebagai aras permulaan untuk

mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan

bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran

Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di

atas aras laut. Death Valley di California terletak 86

meter di bawah aras laut.

UMUM 
LAUT UTARA UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas