Kamus Sains

Kamus Sains.indb
6 abvolt (abvolt) Unit ukuran voltan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -8 volt. (KEJ) abyssal plain (dataran abisal) Bahagian lantai lautan yang sangat rata, terdiri daripada enapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1 : 1000. (BIO) acacia gum (gam akasia) Lihat arabic gum. (TEKMA) acapnia (akapnia) Kekurangan karbon dioksida dalam darah. (BIO, UBAT) Acarina Leukosit yang tidak menunjukkan sebarang granul dalam sitoplasma apabila diwarnai. Leukosit biasanya berasal daripada limfa. (BIO) air (udara) Campuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan yang menyeliputi bumi. Pada aras laut, komposisi gas tersebut ialah nitrogen (78.08%), oksigen (20.95%), argon (0.94%) dan karbon dioksida (0.03%). Udara juga mengandungi gas helium, neon, kripton, xenon dan radon pada jumlah

Kembali ke atas