Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ya/] | لايق

Definisi : 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd ~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~ dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg ter­tentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hina aku spt mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya; selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; melayakkan menjadikan layak, memadan­kan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; berkelayakan mempunyai kelayakan, ber­kebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : ; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan; melayak membelah ikan utk dikeringkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat yg berteras), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : sesuai; patut; padan: Dia ~ menjadi ketua kerana dia cekap. melayakkan menjadikan layak; memadankan; menyesuaikan: Utk ~ kita menjawat jawatan yg lebih tinggi, kita mestilah belajar lagi. kelayakan kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. berkelayakan mempunyai kebolehan atau kecekapan: Orang yg ~ saja yg diminta memohon. selayaknya sepatutnya; sepantasnya: Sudah ~ dia bertindak sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,

Puisi
 

Selayak burung di rimba,
     Padi emping tiga tangkai;
Ikutkan layak badan dah tua,
     Nak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(5)