Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata layu.

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang muda masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah saya meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSiandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSiandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Melayu belayar pagi, Nampak angin menentang pelangi; Bunga layu jangan dikeji, Sungguh layu baunya wangi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaDaun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit.
12345

Kembali ke atas