paku tandok ruse | [pA.ku tAn.do/ Äu.s«] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang | panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | jurai |
pokok sakat pedang | [po.ko/ sA.kAt p«.dAN] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan panjang seperti mata pedang, paku langsuir. | | | |
kayu pak | [kA.ju pA/] | | kayu bersaiz setengah inci atau seinci yang dipasang sebagai penahan cermin pada ambang tingkap atau ambang pintu. | Kayu ni lebau sangat tak boleh buat kayu pak. | [kA.ju ni lE.bAw sA.NAt tA/ bo.leh bu.wAt kA.ju pA/] | Kayu ini lebar sangat, tidak boleh dibuat kayu pak. |
gaseng kembang | [gA.seN kEm.bAN] | | sejenis gasing yang besar, berbentuk lebar pada bahagian sebelah atas dan dimainkan oleh orang dewasa. | Engkau gaseng kembang, aku gaseng jantong mana boleh main same-same. | ] | Gasing engkau gasing kembang, gasing aku gasing jantung mana boleh main sama-sama. |
tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
langgai | [lAN.gAj] | kata nama | alat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap. | Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau. | [gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw] | : Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau. |
buat hubong | [bu.wAt hu.boN] | | menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar. | Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong. | [ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN] | Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu. |