Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Panjang-panjang ruasnya bangsi,
     Lebih panjang ruasnya banta;
Kenyang-kenyang memakan nasi,
     Lebih kenyang bermain mata.


Lihat selanjutnya...(32)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN DAMAI

Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara

dua atau lebih negara yang bersetuju untuk

membincangkan perselisihan secara damai dan

bukan bertujuan menyerang antara satu dengan

lain. Antara Perang Dunia I (1914–1918) dan Perang

Dunia II (1939–1945), banyak negara telah

menandatangani perjanjian damai kerana tidak

ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk

mengelakkan peperangan.

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
MUDPUPPY

Mudpuppy ialah salamander yang hidup di

dalam anak sungai, tasik dan sungai, terutamanya

di tengah Amerika Syarikat. Olm yang hidup di

dalam gua di Eropah tergolong dalam famili yang

sama. Mudpuppy boleh membesar sepanjang 43

sentimeter, tetapi mudpuppy sepanjang 20

sentimeter mungkin telah cukup dewasa.

Mudpuppy mempunyai badan yang licin.

Warnanya mungkin perang tua, kelabu-perang

atau hitam, dan biasanya berbintik-bintik lebih

gelap. Ia mempunyai ekor leper yang kuat dan

empat kaki yang lemah. Ia mempunyai insang luar

yang berwarna merah keunguan di belakang

kepalanya yang pendek dan leper. Mudpuppy

juga dinamakan water dog.

UMUM 
MESIN

Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri

menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan

penekan untuk membuat keluaran yang kita

gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip,

komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas

dan kapal terbang mengangkut manusia dengan

pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal

adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut

barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin,

penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar

untuk hidup, dan peladang tidak dapat

menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir

setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita

bergantung pada mesin.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas