Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.céh] | ليچيه

Definisi : (lécéh) 1. meleleh dan melekat pd tempat yg dilaluinya (spt lilin yg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yg engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yg ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­muka (dgn ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yg suka mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.céh] | ليچيه

Definisi : (lécéh) Kl mencalat (kemaluan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.céh] | ليچيه

Definisi : /lécéh/ 1 cerewet lagi rumit (bkn pekerjaan dsb): pekerjaan yg ~. 2 meleleh dan melekit (spt keadaan air gula, lilin cair). 3 sangat rendah (nilai atau mutunya); hina. meleceh mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua, majikan dll). melecehkan tidak mempedulikan; memandang rendah atau hina. peleceh orang yg suka bermuka-muka dgn ketua atau yg suka mengampu ketua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leceh
Rujuk :cerewet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan?Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami.Tatabahasa27.02.2015
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP

Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. 

Ejaan21.05.2010
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal?

Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa13.02.2010
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013

Kembali ke atas