Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sama 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki.Kamus Pelajar
sama1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teman lelakilelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemudaorang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
tenor(ténor) (Muz) 1. nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 2. nyanyian dgn nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 3. penyanyi lelaki yg menyanyi dgn nada suara lelaki yg tertinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
banci II1. bersifat lelaki dan perempuan, tidak lelaki dan tidak perempuan; 2. lelaki yg berkelakuan spt perempuan (atau sebaliknya); 3. ark lemah syahwat; 4. ark bomoh yg berpakaian cara perempuan (di Sulawesi).Kamus Dewan Edisi Keempat
mempelaiorang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; pengantin: ~ lelaki pengantin lelaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sodomihubungan jenis melalui dubur, ter­utamanya antara lelaki dgn lelaki.Kamus Dewan Edisi Keempat
lelakimanusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
putera1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas