Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
stange iseh[stA.NE i.seh] kain yang dililit pada kepala yang dipakai oleh pengantin lelaki atau anak raja, destar, tengkolok, tanjak.Pok Mak jah tahu wak stange isih anok truno.[p/ mA/ dZAh tA.hu wA/ stA.NE i.seh A.n/ tÄu.n]Pak Mat sahaja yang tahu membuat tengkolok untuk pengantin lelaki.
gilo urak[gi.l u.ÄA/] sakit jiwa biasanya lelaki yang ditinggalkan oleh kekasihnya.Jok jando diyo nikoh denge ore laeng, diyo pong mulo gilo urak slalu.[dZ/ dZAn.d di.j n:i.kh d«.NE .ÄE lAeN di.j poN mu.l gi.l u.ÄA/ slA.lu]Sejak jandanya berkahwin dengan orang lain, dia pun terus sakit jiwa.
awe[A.wE]kata namapanggilan umum bagi orang lelaki yang muda daripada penutur.Awe jange maeng pisa, lamo ke luko.[A.wE dZA.NE m:AeN pi.sA lA.m kE lu.k]Awang jangan bermain pisau, nanti luka.
bojeng[b:.dZEN]kata kerjagunting rambut.Lo ni, rama budok tino bojeng pendek mace ore jate.:: Sekarang ni, ramai budak perempuan gunting rambut pendek seperti lelaki.
ok[/]kata adjektiftabah, sabar, nanti, tahan.Kito anok jate, kalu sakek sikik, keno ok la.[ki.t A.n/ dZA.tE kA.lu sA.ke/ si.ki/ k«.n / lA]Kita sebagai anak lelaki, kalau sakit sikit, kena sabarlah.
cotek[tS:.tE)/]kata namakedudukan yang paling tinggi dan jelas, puncak; potek.Budok jate tu dok cotek atah pohong nyo.[bu.d/ dZA.tE tu do/ tS:.tE)/ A.tAh p.hoN ø]Budak lelaki tu berada di puncak pokok kelapa.
prato[pÄA.to]kata kerjaduduk bersebelah-sebelahan (pengantin), bersanding.Lepah blarok, anok tuno keno prato pulok atah ngajenge.[l«.pAh blA.č/ A.n/ tu.n k«.n pÄA.to pu.l/ A.tAh N:A.dZE.NE]Selepas diarak, pengantin lelaki kena bersanding pula di atas pelamin.

Kembali ke atas