Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pak dare[pA/ dA.Ä«] panggilan untuk lelaki dewasa yang bukan saudara; pak cik   
be[b«]kata namapanggilan bagi orang lelaki yang lebih muda daripada si pemanggil; babe.   
babe[bA.b«]kata namapanggilan bagi orang lelaki yang lebih muda daripada si pemanggil; be.   
berinai curi[b«.Äi.nAj tSu.Äi] pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran.Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi.[s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi]Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi.
jubah laboh[dZu.bAh lA.boh] pakaian pengantin lelaki berbentuk jubah songket yang dipakai semasa bersanding atau semasa nikah.Kalau kau tak pakai jubah laboh, tak sah jadi penganten.[kA.lAw kAw tA/ pA.kAj dZu.bAh lA.boh tA/ sAh dZA.di p«.NAn.ten]Kalau engkau tidak pakai jubah labuh, tidak sah jadi pengantin.
kaen gombang[kAen gom.bAN] kain yang dipakai oleh orang lelaki dengan cara menggulung-gulungkannya sehingga singkat pada paras lutut.Ala nak pegi alau kebau aje, kaen gombang pon boleh.[A.lA nA/ p«.gi A.lAw k«.bAw A.dZ« kAen gom.bAN pon bo.leh]Alah nak pergi halau kerbau saja, pakai kain gombang pun boleh.

Kembali ke atas