Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.ki] | للاکي

Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.la.ki] | للاکي

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Diantara berikut yang manakah betul i) Seorang lelaki dewasa / seorang dewasa lelaki ii)Seorang remaja lelaki / seorang lelaki remaja diharap tuan dapat memberikan alasannya. TqPada kebiasaannya bentuk seorang lelaki dewasa atau seorang lelaki remaja digunakan.  bentuk seorang dewasa, lelaki atau seorang remaja, lelaki boleh juga digunakan bergantung pada apa yang hendak difokuskan. Tatabahasa06.05.2008
adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan.

Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. 
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. 
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa12.09.2017
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait1. antilelaki
2. kadangkala
3. rumah tangga
4. arwah
5. saudara-mara
6. ramah-tamah
7. sering kali
8. tanah air
9. pasar raya
10. tengah hari
1. per kapita
12. hubung kait
Ejaan07.08.2014
Salam Pusat Tahfiz Al-Salam Lelaki. Betulkah demikian, ataupun (Lelaki) di dalam kurungan? Terima kasih.Pusat Tahfiz (Lelaki) Al-SalamLain-lain23.08.2021
Saya nama nurhayati chekhor belajar bahasa melatyu dasar ingin bertanya apakah makna lelakiLelaki ialah manusia daripada jantina yang tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kepada perempuan.Makna28.10.2015
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah?Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya.Tatabahasa31.03.2007
Tuan, Sepanjang pengetahuan kita 'tetamu' berasal daripada perkataan 'tamu', lelaki pula 'laki'. Soalannya, para tamu atau para tetamu yang betul dari segi tatabahasa? Begitu juga dengan 'tiga orang lelaki' atau 'tiga orang laki'? Soalnya, tetamu / lelaki itu jamak atau bermaksud satu? Terima aksih.Dalam kamus Dewan lelaki sama maksud dengan laki-laki, dan diberi tafsiran sebagai jenis manusia yang menjadi pasangan kepada perempuan (tidak dinyatakan satu atau jamak). Begitu juga dengan perkataan tetamu sama makna dengan tamu yang diberi maksud orang yang diundang untuk menghadiri majlis jamuan (tidak dinyatakan satu atau jamak tetapi lazimnya tetamu sudah menunjukkan ramai undangan). Oleh itu, seorang lelaki atau dua orang lelaki boleh digunakan.Tatabahasa28.05.2010
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Lelaki yang kaki panjang itu abang saya. (b) Lelaki yang kakinya panjang itu abang saya. (c) Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya.Ayat yang tepat dan gramtis:

Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya.
Tatabahasa06.11.2015
bolehkah saudara memberikan definisi atau pengertian imej lelaki dalam karya sastera? terima kasih atas bantuan saudara.Secara umum, imej lelaki dalam karya sastera merujuk kepada watak-watal lelaki dalam sesebuah karya sastera. Saudara boleh merujuk ciri-ciri maskulin jika ingin melihat imej lelaki dalam karya sastera yang ingn dikaji.Lain-lain24.06.2009
12345678910...

Kembali ke atas