Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lap] | للڤ

Definisi : 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lap] | للڤ

Definisi : 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelap
1. Bersinonim dengan lena: nyenyak, nyedar,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap,

Kata Terbitan : terlelap, pelelap,

Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subadiabatic lapse ratekadar lelap subadiabatikKejuruteraanTiadaKadar lelap yang berlaku apabila kadar lelap ambien kurang daripada kadar lelap adiabatik kering dan keadaan atmosfera adalah stabil.
superadiabatic lapse ratekadar lelap superadiabatikKejuruteraanTiadaKadar perubahan suhu dengan ketinggian apabila kadar lelap ambien melebihi kadar lelap adiabatik.
lapse ratekadar lelapMeteorologiMeteorologi PerhubunganPengurangan pemboleh ubah atmosfera mengikut ketinggian; pemboleh ubah itu ialah suhu kecuali dinaytakan sebaliknya. Istilah ini digunakan secara khusus untuk kadar lelap persekitaran dan kadar lelap proses.
enviromental lapse ratekadar lelap ambienKejuruteraanTiadaKadar pengurangan suhu dalam atmosfera dengan peningkatan altitud. Pada lapisan atmosfera bawah, kadar lelap purata ialah 6-8o/km. Sinonim: ambient lapse rate.
ambient lapse ratekadar lelap ambienKejuruteraanTiadaKadar pengurusan suhu dalam atmosfera dengan peningkatan altitud. Pada lapisan atmosfera bawah, kadar lelap purata ialah 6-8°C/km.
maximum gust lapse interval.selang lelap langkisau maksimumMeteorologiMeteorologi PerhubunganSelang waktu tertentu yang berkaitan dengan penentuan selang waktu lelap langkisau maksimum.
maximum gust lapse timewaktu lelap langkisau maksimumMeteorologiMeteorologi PerhubunganSelang waktu antara pencapaian laju dua puncak langkisau, yang daripadanya terhasil lelap langkisau maksimum.
maximum gust lapselelap langkisau maksimumMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerbezaan maksimum antara kelajuan puncak langkisau positif dengan puncak langkisau negatif yang berikutnya, yang terjadi dalam selang lelap langkisau maksimum.
lapsesasul; lelap; jurang; luputFizikTiadaTiada
lapsesasul; lelap; jurang; luputLinguistikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas