Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1 bahagian anggota badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~ depan bahagian lengan dr siku ke pergelangan tangan; pangkal ~ bahagian lengan atas dr siku. 2 bahagian drpd sesuatu (spt pd baju, dacing) yg menyerupai lengan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan. 3 kaki hadapan (bagi binatang yg berkaki empat). 4 garisan yg membentuk sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit ukuran rintangan zarah akan menggelongsor de- ngan lancar dari satu titik ke titik yang lain dalam jangka masa paling mini - mum semata-mata kerana pengaruh graviti. (FIZ) brachium (brakium) 1. Struktur seperti lengan atau struktur yang bercabang. 2. Anggota atas vertebrat. bouton brachium Kamus Sains.indb 166 7/8/08 11:48:03 AM 167 3. Seberkas gentian yang menghubungkan serebelum dengan sereberum

Kembali ke atas