Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan ayahnya yg telah hilang ~ itu; melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah amanah kerana ~ wang syarikat; pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi; hilang; lenyap: Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal ~. melesapkan menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; melenyapkan: Dia dituduh ~ wang syarikat. pelesapan perbuatan atau hal melesapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai nakhoda kasap: hujung hilang,
     pangkal lesap.

Bermaksud :

Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sejak selasih tak mahu gugur, Beruk lesap gagak pun terbang; Sejak kekasih tak mahu menegur, Duduk meratap tegak meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian

Kembali ke atas