Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan ayahnya yg telah hilang ~ itu; melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah amanah kerana ~ wang syarikat; pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi; hilang; lenyap: Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal ~. melesapkan menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; melenyapkan: Dia dituduh ~ wang syarikat. pelesapan perbuatan atau hal melesapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai nakhoda kasap: hujung hilang,
     pangkal lesap.

Bermaksud :

Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leaching testujian larut lesapBuluhTiadaKaedah untuk menguji tahap kekekalan bahan pengawet dalam buluh atau kayu yang telah diawet.
water soaking methodkaedah rendaman airBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara merendam buluh ke dalam air bertakung atau mengalir untuk membolehkan berlakunya larut lesap kanji, karbohidrat dan bahan larut air lain. Kaedah ini bertujuan meningkatkan ketahanan buluh terhadap agen perosak.
photobleachingfotolunturFizikNanoteknologiPemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul.

Kembali ke atas