permaculture | permakultur | Pertanian | Agroteknologi | Satu cabang reka bentuk dan kejuruteraan ekologi termasuk pembinaan dan pengurusan sumber air bersepadu yang bertujuan membangunkan sistem habitat lestari serta sistem pertanian lestari yang berasaskan ekosistem semula jadi dan mesra alam. Tiga prinsip permakultur ialah memelihara bumi, memelihara manusia dan mengitar semula hasil lebihan. Dalam permakultur, sesuatu kawasan direka bentuk supaya terdapat integrasi antara unit seperti unit pertanian, unit pemprosesan, unit pemasaran dan semua bahan input berada di dalam kawasan itu sendiri. |
sustainable agriculture | pertanian lestari | Pertanian | Agroteknologi | Lihat pertanian mapan. |
good agricultural practices | amalan pertanian baik | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai. |
solar power | kuasa suria | Kesenian | Seni Bina | Tenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan |
marine park | taman laut | Perikanan | Tiada | Kawasan perairan pulau yang diwartakan sebagai kawasan larangan aktiviti penangkapan, pengambilan dan pengalihan flora dan fauna. Taman laut diwujudkan untuk melindungi, memulihara dan mengurus ekosistem marin secara lestari terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna supaya tidak terancam. Kawasan terumbu karang merupakan salah satu habitat kritikal kerana terumbu karang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman semula jadi atau kegiatan manusia. |
biodynamic | biodinamik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pertanian organik yang menekankan konsep keseimbangan perhubungan antara tanah, tanaman dan haiwan dalam satu sistem ekologi yang tertutup dan mampu membekal nutrien sendiri tanpa input dari luar. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertanian lestari tanpa memerlukan bahan kimia bagi mengekalkan produktiviti. Kaedah pertanian ini dilakukan bagi membolehkan pemuliharaan alam sekitar yang berkekalan. Contohnya, kaedah ini diamalkan di Ladang Xenxin, Kluang, Johor. |
sustainable agriculture | pertanian mapan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pertanian yang menggunakan kaedah yang mesra alam dan menggunakan sumber asli secara kitar semula, mengurangkan penggunaan bahan kimia termasuk baja, racun rumpai dan perosak. Sistem pertanian ini juga menekankan kawalan perosak dan penyakit dengan kaedah kawalan biologi dan menggunakan konsep ekologi. Selain itu, ia menekankan kualiti kehidupan petani dan masyarakat keseluruhannya dengan menghasilkan bahan pertanian yang selamat digunakan. Sinonim pertanian lestari. |
garden city movement | gerakan bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari. |