Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"? | Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. | Istilah | 06.09.2012 |
tempat meletak kereta / tempat letak kereta? | Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQ | Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. | Istilah | 04.09.2012 |
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih. | Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut: I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS IMAM BILAL NAZIR
| Lain-lain | 25.10.2016 |
Yang mana lebih gramatis? 1. Jangan letak kaki di atas meja. 2. Jangan letak kaki pada meja. | 2. di atas meja. | Tatabahasa | 06.08.2014 |
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa. | Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh. | Tatabahasa | 04.07.2014 |
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....? | Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-. Contoh: Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa). Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa) Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Adakah ayat di bawah betul binaan? 1. Kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. Ayat (1) ayat majmuk pancangan komplemen songsang yang berasal daripada ayat berikut: 2. Bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. Ayat ke-2 dapat dibahagikan kepada dua ayat tunggal: 2. (a) Sesuatu (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. (Ayat induk) (b) Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. (Ayat kecil komplemen) Soal saya bahawa adakah ayat (1) berbinaan tepat? | Binaan ayat ini kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "kedudukan Malaysia di perairan Selat Melaka menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan". | Tatabahasa | 18.09.2015 |