Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.gat] | ليݢت

Definisi : 1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif): sebaliknya, apabila di luar, masih ~ ber­pelesiran ke sana sini dgn pakaian ala kebaratan; memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.gat] | ليݢت

Definisi : sangat cepat gerakannya (bkn gasing, kipas dll); pantas. meligat menjadi ligat; bergerak dgn ligat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ligat
1. Bersinonim dengan berpusing pantas
( berputar deras)
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan aktif
( cergas, giat., )
(adjektif:)


Peribahasa

Ditarik ia menanduk,
     digiring ia menyepak.

Bermaksud :

Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasihPerkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan.

Sila perhatikan contoh ayat tersebut;

a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.
b. Ali memandu kereta dengan laju.
c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras.
d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah.
e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.
Tatabahasa12.12.2013
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali.1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.
2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali.
Tatabahasa16.08.2015
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan.Makna12.06.2022

Kembali ke atas