Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.gar] | لوڠݢر

Definisi : 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[long.gar] | لوڠݢر

Definisi : 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsu­nya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenar­nya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur pen­duduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,

Peribahasa

Sempit lalu,
     longgar ditokok.

Bermaksud :

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
loosenvi 1. become less tight, menjadi longgar: the knot will ~ if you pull this end, simpul ini akan menjadi longgar jika hujung ini ditarik; “Why is the chair wobbly?” “A few screws have ~ed”, Kenapa kerusi ini goyang?” “Ada beberapa skru telah menjadi longgar”; 2. often ~ up, become less rigid, menjadi longgar: discipline ~ed considerably in the school, disiplin di sekolah itu menjadi agak longgar; 3.(of skin) sag, mengendur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roomyadj lapang; (of garment) longgar: a ~ flat, flat yg lapang; a ~ raincoat, baju hujan yg longgar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loosec. (of knot, belt, etc) longgar: the knot was too ~ and came undone, simpulan itu terlalu longgar dan terbuka; d. (of window, door) goyah, goyang: that window is a bit ~ and it rattled all night, tingkap itu agak goyang dan berdetar-detar sepanjang malam; e. (of tile, floorboard) hampir /terkopek, lekang/: one of the tiles is ~ and needs to be stuck back, satu drpd jubin itu hampir terkopek dan mesti dilekatkan balik; f. (of skin) kendur: the skin around the old woman’s neck is ~ and flabby, kulit di keliling leher perempuan tua itu kendur dan menggeleber; i membaling bola dgn kurang baik, dia dikeluarkan oleh ketua pasukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slack 2. not firm, lax, kendur, longgar: discipline is ~ in the school, disiplin di sekolah itu kendur; control on expenditure has been much too ~, kawalan perbelanjaan terlalu longgar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loosenessn 1. quality or state of being loose, a. lack of tightness, kelonggaran, longgar: he could feel a ~ in the steering, dia dapat merasakan bahawa stering itu longgar; b. (of organization, administration) tdk adanya kawalan rapi: the ~ of the organization’s structure has both advantages and disadvantages, tdk adanya kawalan rapi dlm struktur organisasi itu ada kebaikannya dan keburukannya; 2. lack of precision, ketidaktepatan, tdk tepat: he criticized the ~ of their arguments, dia mengkritik hujah mereka yg tdk tepat; ~ of expression, ketidaktepatan ungkapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weaven style of weaving, tenunan: a loose or tight ~, tenunan yg longgar atau ketat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoe2. also horseshoe ladam, tapal: my horse has a loose ~, ladam kuda saya longgar; 3. part of brake, kasut (brek);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laxadj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a person’s, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laxadj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a person’s, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
work13. reach a specific condition gradually, [not translated]: the screws had ~ed loose, skru-skru itu telah longgar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas