Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : 1. makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dll), runjung: songkok­nya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; 2. Jw bulat bujur, bulat panjang: kepalanya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : Tr tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : 1 makin ke atas makin runcing (bkn bentuk atap dll). 2 bentuk yg bulat panjang spt bentuk buah kundur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lonjong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORGI

Porgi ialah ikan yang hidup di kawasan cetek

dalam laut panas. Badannya berbentuk lonjong dan

mempunyai sisi yang leper. Kebanyakan ikan ini

berwarna keperakan. Ikan ini sedap dimakan. Ia

ditangkap sebagai satu kegiatan dan untuk

kegunaan komersial.

UMUM 
OAK HIDUP

Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang

tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika

Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15

meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara

yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna

gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter

hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah

pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia

tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan

penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat

kapal.

Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota

famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana.

Lihat juga Oak; Pokok.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
POINCIANA

Poinciana juga dikenali sebagai pokok

bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di

kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari

Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas

dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya

berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan

hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak

merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya

bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat

10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas

daripada bunga. Bunganya yang kembang

mengeluarkan lenggai biji berwarna perang

keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter

panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras

dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara,

lenggainya digunakan sebagai bahan bakar.

UMUM 
POMPANO

Pompano ialah nama bagi beberapa spesies ikan

air masin. Pompano tergolong dalam dua famili

yang tidak berkaitan, iaitu Carangidae dan

Stromateidae . Spesies yang pertama daripada

kumpulan ini hidup terutamanya di bahagian lebih

panas dalam Lautan Atlantik. Ia termasuk pompano

Afrika dan pompano besar, yang membesar

melebihi 100 sentimeter panjangnya. Pompano

bulat, membesar sehingga 45 sentimeter panjang.

Pompano Atlantik yang paling terkenal ialah

pompano Florida , yang membesar sehingga 45

sentimeter panjangnya, dan beratnya lebih kurang

tiga kilogram. Ia berwarna kebiruan di bahagian

atasnya dan berwarna keperakan atau keemasan di

bahagian bawahnya. Badannya berbentuk lonjong

dan pipih. Ia hidup dengan memakan kerang-

kerangan kecil yang terdapat di dasar laut.

UMUM 
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League – CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

“touchdown”. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM 

Kembali ke atas