Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lot] | لوت

Definisi : bidang tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lot] | لوت

Definisi : surat undi, undi; dilot bp diundi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lot] | لوت

Definisi : bilangan tertentu yg standard dlm urus niaga sekuriti (saham) yg bersamaan dgn 1000 unit: dia berjaya membeli enam ~ saham syarikat itu pd harga RM1.60 seunit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lot] | لوت

Definisi : bidang tanah (yg ukurannya berbeza-beza). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lot

Peribahasa

437

Once burned, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy .

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
board lotlot niagaPentadbiran PerniagaanTiadaMerujuk kepada bilangan syer yang hendak didagangkan dalam satu-satu transaksi. Di Bursa Saham Kuala Lumpur dagangan dalam gandaan 1 lot, setiap lot berjumlah 1000 unit syer. Harga dagangan disebut dalam setiap 1 lot.
corner lotlot tepiSosiologiTiadaLot paling tepi dalam barisan pecahan lot yang bersempadankan jalan. Lazimnya lebih besar daripada saiz lot biasa.
end lotlot hujungSosiologiTiadaLot paling tepi dalam barisan pecahan lot yang diwujudkan bagi tujuan perkhidmatan.
odd lotlot ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah unit syer yang berbeza daripada jumlah piawai yang telah ditetapkan untuk urus niaga dalam sesuatu bursa, misalnya di Malaysia lot ganjil ialah kurang daripada 1000 unit dan di Amerika Syarikat kurang daripada 100 unit = 1 lot.
odd lot theoryteori lot ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang mencadangkan tindakan pelaburan berlawanan daripada kegiatan pelabur kecil dengan melihat nisbah jualan lot ganjil bahagi belian lot ganjil. Jika nisbah positif teori mencadangkan strategi menjual dan jika nisbahnya negatif, teori mementingkan tindakan membeli.
marketable lotlot boleh pasarPentadbiran PerniagaanTiadaSaham yang diurusniagakan berdasarkan lot genap.
differential odd lotbezaan lot ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun yang ditambah kepada harga lot ganjil yang dilaksanakan. Bezaan ini menjadi keuntungan kepada peniaga lot ganjil.
lotlotKejuruteraanTiada1. Sekeping tanah dengan sempadan yang tetap.,2. Sejumlah bahan yang dikilangi dibawah keadaan-keadaan yang serupa.
lotlotGeografiTiadaTiada
lotlotUndang-undangTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas