Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : susut, berkurang: makanan yg dihidang­kan sedikit pun tidak ~; meluak, meluaki menyusuti, mengurangi; meluakkan menjadikan luak, mengurang­kan, menyusutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark; meluak meluah, meloya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menjadi kurang (kerana diambil dsb); susut. meluakkan menjadikan kurang; mengurangkan; menyusutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : luak

Tesaurus
 
luak (kata kerja)
Bersinonim dengan susut, berkurang, surut, usak, merosot;,
Kata Terbitan : meluaki, meluakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUAK

LUAK, wilayah tanah jajahan atau daerah tradisi di Negeri Sembilan yang diketuai oleh seorang undang di Negeri Sembilan. Terdapat empat luak utama iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
SERI MENANTI

SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.  Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Sebelum Negeri Sembilan bernama ‘Negeri Sembilan’, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak.  Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor.  Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
JELEBU

JELEBU, luak pentadbiran utama dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jelebu terletak di sebelah utara Negeri Sembilan. Jelebu dibahagikan kepada lapan mukim iaitu Pertang, Kuala Klawang (pusat pentadbiran), Hulu Triang, Peradong, Gelam Lemi, Hulu Klawang dan Teriang Hilir. Mengikut Banci Penduduk 1991, penduduk Jelebu dianggarkan seramai 39 937 orang. Penduduk Jelebu mengamalkan Adat Perpatih.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATO' KELANA MAAMOR

DATO’ KELANA MAAMOR (1877-1945), Undang Luak Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Maamor bin Kasim. Dia ialah waris di hulu, dipilih sebagai Undang Luak Sungai Ujong, menggantikan Dato’ Kelana Lela Setia Muhammad Yusuf  Hashim pada tahun 1889.

       .

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JEMPOL

JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar.  Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LIMAPULUH KOTO

LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto  di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATO' KELANA SUNGAI UJONG

DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida.

         

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
GEMENCHEH

GEMENCHEH, luak yang dikuasai oleh satu perut atau suku dalam Adat Perpatih. Gemencheh terletak dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan, berdekatan sempadan di antara Negeri Sembilan dengan Melaka. Gemencheh pernah dikenal dengan nama Sungai Siput.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
12

Kembali ke atas