Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.cu] | لوچو

Definisi : membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka: mereka tertawa mendengar cerita yg ~ itu; kejadian itu sangat ~; melucu, berlucu membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa, berjenaka, ber­kelakar: ia cuba ~; kelucuan sesuatu yg menggelikan hati, ke­jenakaan, kelakar, lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum; pelucu orang yg sifatnya suka melucu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.cu] | لوچو

Definisi : menggelikan hati; menyebabkan orang tertawa: Cerita yg ~ itu menyebabkan murid-murid tertawa terbahak-bahak. melucu melakukan sesuatu supaya orang tertawa; berkelakar. kelucuan 1 sesuatu yg menggelikan hati; lelucon; lawak. 2 keadaan atau hal lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucu (adjektif)
Bersinonim dengan jenaka, menggelikan hati, kelakar, lawak, lelucon;,
Kata Terbitan : melucu, berlucu, kelucuan, pelucu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPIGRAM

Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah

yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya

termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan,

dan kejelasan.

UMUM 
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM 
NYE, BILL

Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika

yang popular. Dia menjadi masyhur kerana

kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas)

tentang pelbagai subjek daripada American West

kepada kewartawanan. Nye juga merupakan

pensyarah komik yang berjaya.

UMUM 
PARODI

Parodi ialah tiruan lucu karya sastera. Seseorang

penulis menghasilkan parodi untuk mempersenda

karya orang lain dengan melebih-lebihkan gaya

atau pengolahan pokok persoalannya.

UMUM 
MARX BERSAUDARA

Marx bersaudara ialah tiga bersaudara

Amerika yang terkenal kerana telatah lucu mereka

dalam filem.

UMUM 
KOMEDI

Komedi ialah bentuk lakon berkenaan aspek

lucu atau jenaka kelakuan manusia. Kebanyakan

komedi mempunyai suasana persendaan dan

berakhir dengan kegembiraan.

UMUM 
MALAMUD, BERNARD

Malamud, Bernard (1914–1986) ialah pengarang

Amerika. Kebanyakan fiksyen Malamud diceritakan

dalam bentuk lucu tetapi penuh rasa simpati

terhadap nasib malang yang menimpa penduduk

kota, terutama orang Yahudi.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
SONDHEIM, STEPHEN

Sondheim, Stephen (1930– ) ialah

penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal

dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular

melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi

yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk

drama Sunday in the Park with George (1984).

Dia memenangi Academy Award untuk lagu

“Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990).

UMUM 
ROBEY, SIR GEORGE

Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah

seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia

terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas

dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang

persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The

Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914–

1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam

The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If

You Were the Only Girl in the World “.

UMUM 
123

Kembali ke atas