Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.lus] | لولوس

Definisi : 1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRASAD, RAJENDRA

Prasad, Rajendra (1884–1963) ialah pemimpin

perjuangan kebangsaan yang terkenal di India. Dia

lahir di utara Bihar. Prasad mendapat pendidikan di

Calcutta dan lulus sebagai peguam.

UMUM 
MUHAMMAD SALEHUDDIN

MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
MOHD. AFFANDI HASSAN

MOHD. AFFANDI HASSAN (1943-    ), penulis. Dia lahir pada 9 Mac 1943 di Selising, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pasir Mas pada tahun 1950 dan lulus Darjah Tujuh pada tahun 1956. Pada tahun 1957, dia menyambung pelajaran di Sekolah Inggeris Pasir Mas dan lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1962. Dari tahun 1963 hingga tahun 1964, dia menuntut di Penang Free School hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Pada tahun 1965, dia menjadi mahasiswa Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1968. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti kursus pentadbiran dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya. Pada tahun 1976, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di London.

SASTERATokoh
T. ALIAS TAIB

T. ALIAS TAIB (1943-     ), penyair.  Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib.  Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S.  dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952).  Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958.  Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SASTERATokoh
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
THORPE, JEREMY

Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti

Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John

Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat

pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College

dan Oxford University, England. Pada tahun 1954,

Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli

Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon

Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne

dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk

membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe

kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya

tahun 1979.

UMUM 
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUKMOHD.  NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOECHTAR AWANG

MOECTHAR AWANG (1956-     ), penyair.  Dia lahir pada 19 Februari 1956 di Kota Bharu, Kelantan.  Dia menerima pendidikan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Kemudian dia memasuki Maktab Adabi dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP).  Dia mendapat Sijil Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif hingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1986.

SASTERATokoh
ZAID AHMADZAID AHMAD  (1944-     ),  penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam.  Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963.  Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India.  Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia.  Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan.SASTERATokoh
MUHAMMAD KAMAL HASSAN

MUHAMMAD KAMAL HASSAN (1942-     ), ahli akademik. Dia lahir pada 26 Oktober 1942 di Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Pasir Mas (1948-1949). Kemudian dia meneruskan pelajarannya di Sultan Ismail School, Kota Bharu (1950-1955), dan Sultan Ismail College (11955-1960) hingga lulus Senior Cambridge. Kemudian dia belajar di Victoria Institutin, Kuala Lumpur (1961-1962) hingga lulus Higher School Certificate (HSC). Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1966, ijazah Sarjana (1960), M.Phil (1973), dan Doktor Falsafah (1975) dari Colombia University, Amerika Syarikat.

BUDAYATokoh
123456789

Kembali ke atas