Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg sudah ~; melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga menjadi lusuh; kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd haki­katnya ~ dirinya itu adalah akibat bebe­rapa banyak penyakit yg menghinggapnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lusuh (adjektif)
Bersinonim dengan pudar, usang, rosak, luntur;,
Kata Terbitan : melusuhkan,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kot asam pedaih[kot A.sAm p«.dAC] kot lusuh; kot cendoi.Kot asam pedaih belambak juai kat kedai.[kot A.sAm p«.dAC b«.lAm.bA/ tSu.wAj kAt k«.dAj]Kot lusuh banyak dijual di kedai.
kot cendoi[kot tSEn.doj] kot lusuh; kot asam pedaih.Dulu mamak roti pakai kot cendoi sampai bebulan-bulan.[du.lu mA.mA/ Òo.ti pA.kAj kot tSEn.doj sAm.pAj b«.bulAn.bu.lAn]Dahulu mamak roti pakai kot lusuh sehingga berbulan-bulan.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.

Kembali ke atas