BAHAN MAGNET | Bahan magnet, bahan yang memperlihatkan ciri magnetik apabila diletakkan di dalam medan magnet luar. | FIZIK | Konsep |
MESMER, FRANZ ANTON | Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia mengembangkan teori yang dinamakan “kemagnetan haiwan” yang kemudiannya dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer percaya terdapat cecair misteri yang boleh menembusi semua tubuh. Cecair ini membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa, iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain. | UMUM | |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |