Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.gu.ru] | مهاݢورو

Definisi : 1. guru yg tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti, profesor; 2. ketua sesuatu kumpulan silat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.gu.ru] | مهاݢورو

Definisi : guru yg tertinggi di universiti; profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahaguru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul ? a. Bunga mawar baunya wangi. b. Bunga mawar wangi baunya. c. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. d. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Terima kasih.Bunga mawar baunya wangi. Bunga mawar wangi baunya. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Ayat-ayat ini betul.Tatabahasa07.05.2015
1. Adakah orang yang mengajar silat itu mahaguru? Contoh soalan: Ali yang sedang belajar ilmu silat itu asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ( mahaguru / jurulatih )nya. 2. Manakah ayat yang betul? A. Buah tembikai itu sudah diambil Ali semalam. B. Buah tembikai itu sudah diambil oleh Ali semalam. C. Buah tembikai itu sudah semalam Ali ambil. Saya berasa keliru dengan jawapan yang diberikan dalam buku. Harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih.
1. Mahaguru bermaksud ketua sesuatu kumpulan silat. Dalam ayat yang dinyatakan, memadai menggunakan guru silat.

2. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

Tatabahasa19.08.2013
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan?Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya.Istilah16.11.2012
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah?Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain.Tatabahasa12.05.2015
1. Apakah ciri-ciri imbuhan awalan pinjaman? 2. Ada berapa jenis imbuhan awalan pinjaman dalam bahasa Melayu? 3. adakah imbuhan awalan pinjaman lain selain awalan pinjaman inggeris, sanskrit, arab-parsi dan yunani? 4. bolehkah pihak tuan memberi cadangan buku atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan dengan imbuhan awalan pinjaman?Salam sejahtera,

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
Contoh: Imbuhan awalan ialah awalan  maha yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contohnya Mahaguru dan Mahasiswa manakala imbuhan akhiran ialah akhiran wan yang bermaksud pelaku atau pemilik. Contohnya Angkasawan dan Bangsawan.

Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.10.2017

Kembali ke atas