Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.li.gai] | مهليݢاي

Definisi : istana tempat kediaman raja (per­maisuri atau putera-puteri raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.li.gai] | مهليݢاي

Definisi : istana tempat kediaman raja, permaisuri atau putera puteri raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahligai (kata nama)
Bersinonim dengan istana, puri, keraton, palis, kediaman.,

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaSapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaAbang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai.
Kurik Kundi Merah SagaPasir putih Pasir Linggi, Tempat abang bermain bayang; Adik putih mahligai hati, Di situ tempat abang sayang.
Kurik Kundi Merah SagaHutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti.
Kurik Kundi Merah SagaLama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung.

Kembali ke atas