Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ram]/[mah.ram] | محرم

Definisi : Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ram]/[mah.ram] | محرم

Definisi : orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana hubungan kekeluargaan yg rapat (spt ibu, anak, adik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud sumbang mahram?Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota ter­dekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya.Makna07.09.2016
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"?Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya.

Makna05.09.2013
Manakah yang betul antara "muhrim" dan "mahram"?Kedua-dua perkataan tersebut betul. Muhrim bermaksud orang yang sedang berihram ketika melakukan haji dan umrah, manakala mahram ialah lelaki dan perempuan yang haram dinikahi kerana ada hubungan dari segi keturunan, perkahwinan dan susuan.Makna30.11.2021
Salam. Mohon bertanya ejaan Jawi bagi: 1. Bulan Muharam 2. Muhrim Haji 3. Golongan mahram Terima kasih.1. Bulan Muharam - بولن محرم
2. Muhrim Haji - محريم حج
3. Golongan mahram - ݢولوڠن محرم
Ejaan31.03.2017
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek.Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain.Tatabahasa25.06.2014
Terima kasih atas jawapan tuan terhadap soalan saya berkenaan "sumbang mahram". Merujuk fail yang saya lampirkan, terdapat percanggahan jawapan sebelum ini, dan saya mohon perbetulkan. Terima kasih.Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kami mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut dan akan perbetulkan .Tatabahasa09.09.2013
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat?Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya.

Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. 
Makna31.03.2023
Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"?Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. Lain-lain12.09.2013

Kembali ke atas