Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebeledoh[t«.b«.l«.doh]kata adjektiftersergam dan besar.Apa yang dia mau lagi, laki lawa, arta banyak, rumah tebeledoh.[A.pA jAN di.jA mAw lA.gi lA.ki lA.wA Ar.tA bA.øA/ Òu.mAh t«.b«.l«.doh]Apa yang dia mahu lagi, suami lawa, harta banyak, rumah pun tersergam.
menereloh[m«.n«.Ò«.lh]kata kerjatidur sepanjang masa (tentang orang).Pak hang menereloh siang malam, kreja tak mau buat.[pA/ hAN m«.n«.Ò«.lh si.jAN mA.lAm kÒ«.dZA tA/ mAw bu.wAt]Ayah engkau asyik tidur siang malam, kerja tidak mahu buat.
cek[tSe/]kata namasaya, aku (bahasa sapaan yang digunakan oleh orang yang lebih muda kepada yang lebih tua) dalam suasana manja atau mesra.Cek tak mau pi dengan pak tengok Pesta Langkawi.[tSe/ tA/ mAw pi d«.NAn pA/ tE.N/ pEs.tA lAN.kA.wi]Saya tidak mahu pergi dengan ayah ke Pesta Langkawi.
sangloq[sAN.l)Ö]kata kerjakeguguran atau kematian anak dalam kandungan (binatang).Lembu betina tu baru sangloq, jadi tuan dia tak jadi nak sembeleh.[l«m.bu b«.ti.nA tu bA.Òu sAN.l)Ö dZA.di tu.wAn di.jA tAk dZA.di nA/ s«m.b«.lEh]Lembu betina itu baru keguguran, jadi tuannya tidak mahu menyembelihnya.
dagin buah nyoq[dA.gin bu.wAh øâÖ] daging yang membulat di bahagian tengah paha seperti buah nyiur.Kalu tak mau lemak-lemak, kita buleh makan dagin buah nyok, dia dagin saja.[kA.lu tA/ mAu l«.mA/.l«.mA/ ki.tA bu.leh mA.kAn dA.gin bu.wAh øâÖ di.jA dA.gin sA.dZA]Kalau tidak mahu makan lemak, kita boleh makan daging buah nyiur kerana ia daging pejal.
berok mat ye[b«.Òo/ mAt yE] gelaran kepada orang yang tidak disukai (kerana rupa, kelakuan atau sebab-sebab lain).Depa tak mau bekera sama dengan berok mat ye tu, pasi dia kedekut paet.[dE.pA tA/ mAu b«.kE.ÒA sA.mA d«.NAn b«.Òo/ mAt yE tu pA.sAj di.jA k«.d«.kut pAet]Mereka tidak mahu berkira bicara dengan orang itu (berok mat ye) kerana dia sangat kedekut.
apa[A.pA]kata tugaskata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian.Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh.[sE.pA A.pA tAk mAw pi m«.So.ÒAt tu pA.sAj dE.pA kE.tSh]Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu.

Kembali ke atas