Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Navin mahu bermain bola atau badminton? Navin mahu bermain bola atau bermain badminton? Navin mahu bermain bola atau mahu bermain badminton? Yang mana satu betul? Atau semuanya betul?Ayat yang paling tepat ialah "Navin mahu bermain bola atau badminton". Ayat yang lain mengandungi unsur lewah.Tatabahasa15.05.2013
Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih.

Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”.

Tatabahasa15.03.2018
1. Apakah ayat ini betul? Saya mahu jadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara. 2. Bagaimanakah cara sebutan atlet? E taling atau e pepet?

Ayat yang betul ialah “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara.” Kedua-dua ayat ini boleh juga digabungkan menjadi ayat majmuk “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya dan mahu mengharumkan nama negara.” Sebutan “atlet” ialah [at.lét]  dengan sebutan e (taling).  

Tatabahasa11.10.2021
MAHU MENDAPATKAN SECARA JELAS ISTILAH 'METROPOLITAN'Metropolitan bermaksud:
1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis;
2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. 

Istilah12.07.2021
Mahu guna kata sendi nama 'di' atau 'pada' untuk ayat ini? Ibu meletakkan sebuah lukisan ___ dinding. Lukisan yang terletak ___ dinding itu cantik.Kedua-dua ayat tersebut perlu menggunakan kata sendi 'pada'. Ibu meletakkan sebuah lukisan pada dinding. Lukisan yang terletak pada dinding itu cantik.Tatabahasa28.10.2015
Mahu tanya, mana satukan yang betul?: pernyataan evidens atau penyataan evidensFrasa yang betul ialah pernyataan keterangan.Tatabahasa13.06.2013
Mahu pastikan perkataan tema berikut "Inovasi dan Transformasi, Memacu Kecemerlangan" adalah betul dari segi ejaan dan tanda bahasaBETULTatabahasa01.09.2012
mahu terjemahan ke Bahasa untuk terma "Original Equiment Manufacturer (OEM)" dan "Original Design Manufacturer (ODM)" yang tepat.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk Original Equipment (OEM) Manufacturer dan Original Design Manufacturer (ODM). Walau bagaimanapun,  istilah untuk manufacturer ialah pengilang,  equipment ialah peralatan, design ialah reka bentuk, dan original ialah tulen atau asli. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan ialah Pengilang Peralatan Tulen dan Pengilang Reka Bentuk Tulen.Istilah18.10.2011
mahu bertanya, tentang penggunaan ke untuk menunjukkan bilangan... bolehkah KE-50 ditulis dengan huruf besar? atau perlu ditulis dalam huruf kecil? contohnya: ULANG TAHUN KE-50

Penggunaan kata bilangan bergantung pada teks. Sekiranya keseluruhan tajuk tersebut menggunakan huruf besar, maka kata bilangan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar. Sekiranya huruf besar digunakan pada pangkalnya  sahaja, maka kata bilangan tersebut hanya menggunakan huruf besar pada pangkalnya sahaja. Contoh: ULANG TAHUN KE-50 (keseluruhan huruf besar), Ulang Tahun Ke-50 (pangkal permulaan sahaja huruf besar) 

Tatabahasa06.01.2010
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun iniSaya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain18.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas