Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)

404

Much would have more

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMaulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tak mahu tatih ke pinggan, Saya nak fasih sambil duduk; Saya tak mahu kasih sebulan, Saya nak kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaSiandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSiandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu.
Kurik Kundi Merah SagaLama sudah kami menali, Ditali-tali tak mahu panjang; Lama sudah kami menanti, Yang dinanti tak mahu datang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaBukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata.
Kurik Kundi Merah SagaLang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.
Kurik Kundi Merah SagaSudahlah pasang air di laut, Tidakkah mahu mandi bersama; Sudahlah datang malaikat maut, Mahukah tidak mati bersama.
1234567

Kembali ke atas