Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)

404

Much would have more

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tokinyam[t.ki.øAm]kata adjektifberselera.Tadi tak nak, dah rasom baru tokinyam.[tAdi tA/ nA/ dAh ÄAs bAÄu t.ki.øAm]Tadi tidak mahu, sudah rasa baru berselera.
bega[bE.gA]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, baning.Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.[bE.gA b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
baning[bA.niN]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, bega.Baning boto budak ni, tak donga cakap orang.[bA.niN b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
komat[k.mAt]kata namasejenis ilmu pengasih.Kok kau tak nak kek den, den komat kang, nanti kau ikut yo den.[ko/ kAw tA/ nA/ kE/ dEn dEn k.mAt kAN nAn.ti kAw i.kt j dEn]Kalau kau tidak mahu kepada saya, saya kenakan ilmu pengasih, nanti kau ikut sajalah saya.

Kembali ke atas