Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : meskipun, walaupun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : ataupun (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud mahupun? kd edisi4 mengatakan mahupun maksud dia walaupun? Persoalan ialah perkara sampingan di samping tema sama ada tersurat mahupun yang tersirat. penggunaan 'mahupun' dlm ayat di atas betul ke?

Mahupun bermaksud meskipun, walaupun, ataupun. Oleh itu, penggunaan mahupun dalam ayat tersebut betul.

Lain-lain31.05.2010
Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa...Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa.Tatabahasa26.04.2010
1. Sila jelaskan perbezaan antara "Sungguhpun" dan "Mahupun". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "Sungguhpun" dan "Mahupun" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 2. Sila jelaskan perbezaan antara "namun" dan "tetapi". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "namun" dan "tetapi" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 3. Nenek mangajar kakak menyulam tikar mengkuang. Adakah kesalahan untuk ayat di atas? Terima kasih.

1. Sungguhpun, walaupun, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tidak ada perbezaan dalam penggunaan kata hubung sungguhpun ataupun mahupun begitu juga dengan walaupun dan meskipun.

2. Kata "namun" membawa banyak maksud dan antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaan namun dan tetapi boleh bertukar ganti seperti walaupun begitu namun/tetapi ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis. Untuk maklumat lanjut, rujuk Kamus Dewan.

3. Ayat itu gramatis.

Tatabahasa26.08.2011
Salam sejahtera, baik pelajar mahupun guru bahasa Melayu menggunakan tanda petik semasa mengungkapkan ungkapan / peribahasa, misalnya "Mereka juga harus memahami bahawa ‘bersatu teguh bercerai roboh’."; "Kita haruslah mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' untuk memastikan perpaduan rakyat terus berkekalan." dan lain-lain. Saya mengajukan kemusykilan ini kerana tudak dinyatakan dalam Gaya Dewan tentang penggunaan tanda petik untuk peribahasa. Lebih-lebih lagi, apabila perkara ini dipanjangkan kepada para pemeriksa, pelbagai jawapan yang diberikan; tiada satu jawapan yang mantap. Jawapan yang biasa diterima ialah bergantung pada budi bicara pemeriksa. Dengan ini, diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan yang dapat digunakan sebagai tunjuk ajar ketika mendidik anak-anak watan kita. Sekian. Salam hormat kay SevenUntuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64.Tatabahasa22.12.2016
Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ maka, MUNsyi, adakah waima betul dalam ayat ini? TKWaima bermaksud sama ada atau walaupun dan perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa19.06.2013
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TKWaima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima.Tatabahasa18.06.2013
Di dalam Penulisan Surat, Memo, Minit Mesyuarat mahupun Kertas Kerja, untuk menulis tarikh atau nombor, yang manakah cara penulisan yang betul samada :- 1) untuk tarikh - 19 November 2008 @ 19.11.2008 2) untuk bilangan mesyuarat - mesyuarat bilangan Ke Empat Tahun 2008 @ mesyuarat bilangan ke 4/2008 3) untuk nombor - dua (2) @ terus taip nombor 2 Khidmat nasihat DBP diperlukan di dalam perkara ini. STK.

Puan Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

1. untuk menulis tarikh yang baik ialah, 19 November 2008

2.Minit Mesyuarat - - mesyuarat bilangan 4/2008

3. lebih baik dieja dua jika bilangannya tidak melebihi sepuluh

Lain-lain17.09.2009
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan.Makna10.04.2012
Salam sejahtera, baru-baru ini istilah "lockdown" sering digunakan dalam berita mahupun akhbar berkaitan dengan isu viris, namun, apakah padanan kata dlm bahasa Melayu bagi istilah "lockdown" dlm konteks ini? Sekian, terima kasih.Padanan cadangan bagi "lockdown" ialah sekat keluar masuk.Istilah15.03.2020
Mana yang betul: "jin bertendang" atau "jin bertandang"?Ungkapan "jin bertendang" mahupun "jin bertandang" merupakan ungkapan umum yang tidak terakam dalam mana-mana bentuk seperti peribahasa, simpulan bahasa atau lain-lain.  Maka kedua-dua ungkapan itu boleh digunakan mengikut kefahaman masing-masing.Makna20.12.2019
12345678910...

Kembali ke atas