Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kebudayaan kebangsaan: majlis penasihat atau majlis tindakan?A. Aziz DeramanMastika1 May 1991
Majlis Pelancaran Buku Caturrangga dan Sebuah Rumah Kaca (jawi)Zaidel JamilJendela SarawakTiada
Majlis Penyampaian Hadiah dan Malam Menjunjung Budi 2007Abdul RassidJendela Sarawak1 December 2007
Majlis Bicara Tengah Hari di SandakanMuziat YusofWadah1 March 2006
Majlis penyampaian hadiah peraduan menulis puisi berunsur Islam...Mohd Almiey Mohd AliWadah1 March 2006
Majlis penyampaian hadiah peraduan menulis Novel 1992Japar UngkiWadah1 March 1993
Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA): masih wujud?Wan Ahmad IsmailDewan Budaya1 June 2007
Majlis Diskusi Buku Kembali ke Negeri Tradisi dan sekuntum Kembang di Sayap Jibril-Dewan Sastera1 June 2002
Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke - 18Hassan AliasDewan Sastera1 August 2002
Majlis Penyampaian Hadiah Sako 2 bagi Novel NasionalTiada PengarangDewan Sastera1 March 2002
12345678910...

Kembali ke atas