Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Majlis Pidato Majlis PeguamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Majlis Pelancaran Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu oleh YB. Dato' Khalid YunusDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Majlis Pelancaran: Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu oleh YB. Dato' Khalid YunusDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Majlis pelancaran buku Majlis Raja-RajaDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Majlis Penghargaan dan Majlis Jasa mu Dikenang - Persaraan Ketua Pengarah DBP Dato' Haji Termuzi Haji Abdul AzizDewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Majlis Sampingan Sempenan Majlis Pengucupan Puisi Utara 2002Dewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Malam Puisi Riong BH-Dewan Bahasa dan Pustaka-Majlis Belia Negeri Sembilan-Majlis Belia Daerah JempolDewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Majlis Pelancaran Buku Karya PenulisDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Majlis Persaraan Sdr. Azman TahirDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
Majlis Pra Penyerahan dan Tandatangan Mural DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
12345678910...

Kembali ke atas