Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ranya[ÄA.øA]kata kerja1. mengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, rawo.Jange dok ranya gak dale pingge ore, tok baek.[dZA.NE do/ ÄA.øA gA/ dA.lE piN.gE .ÄE t/ bAe/]Jangan mengambil makanan secara sesuka hati daripada pinggan orang lain, tak baik.
neka[nE.kA]kata namasejenis dulang yang untuk membawa makanan yang dibuat daripada logam, talam.Tulong buboh makene tu dale neka, pah tu akak katah mejo.[tu.loN bu.boh mA.kE.nE tu dA.lE nE.kA pAh.tu A.kA/ kA.tAh mE.dZ]Tolong masukkan makanan tu ke dalam talam, kemudian letakkan di atas meja.
rawo[ÄA.w]kata kerjamengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, ranya.Adek tu tok leh bowok make denge ore lua, pasa diyo suko rawo kokse.[A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.w k/.se]Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya.
ranga[ÄA.NA]kata kerjamengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranya 1, rawo.Adek tu tok leh bowok make denge ore luwa, pasa diyo suko ranga kokse.[A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.NA k/.se]Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya.
memek[mE.mE/]kata adjektifberkenaan makanan dan minuman yang tidak sedap; lecah, leweh.Kue tu memek, sebak tu tok laku.[ku.we tu mE.mE/ s«.bA/ tu t/ lA.ku]Kuih tu tak sedap, sebab tu tak laku.
lokcing[l/.tSiN]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada ikan yang dibentuk menjadi kecil dan dicucuk pada lidi, sate ikan.   
lecah[l«.tSAh]kata adjektifberkenaan makanan atau minuman yang rasanya tidak sedap; leweh; memek.Mung buboh gapo dale gula, raso lecah jah.[muN bu.boh g:A.p dA.lE gu.lA ÄA.s l«.tSAh dZAh]Kamu buboh apa dalam gulai, rasa tak sedap saja.
lakse[lA/.sE]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada.   
kropeh[kč.pEh]kata namasisa makanan (yang tidak habis dimakan).Diyo make sapa kenye, hok kropeh tingga kawe.[di.j mA.kE sA.pA k«.øE h/ kč.pEh tiN.gA k:A.we]Dia makan sampai kenyang, sisanya ditinggalkan kepada saya.
dedeh[dE.dEh]kata kerjamenghabiskan makanan dan lain-lain sehingga tidak sedikit pun yang tinggal.Mok dedeh berah dale genok sapa licing.[m/ dE.dEh b«.ÄAh dA.lE g«.n/ sA.pA li.tSiN]Emak menghabiskan beras di dalam bekas sampai habis.
123

Kembali ke atas