Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
esofagusbahagian salur makanan yg menghubungkan tekak dgn perut, berfungsi dgn cara mengembangkan dan mengecutkan ototnya utk menolak makanan ke dlm perutKamus Dewan Perdana
empingmakanan ringan yg dibuat drp padi muda yg disangai dan ditumbuk sehingga pipih bentuknyaKamus Dewan Perdana
enak(bkn makanan, minuman dsb) sedap dan lazat rasanyaKamus Dewan Perdana
empuk(bkn makanan, spt ubi atau daging) tidak liat dan mudah dikunyahKamus Dewan Perdana
mengepongmemakan makanan yg sederhana besar dgn memasukkan seberapa muat yg boleh ke dlm mulutKamus Dewan Perdana
enak-enakanmakanan dll yg enak-enakKamus Dewan Perdana
emporiumkedai besar yg menjual pelbagai barangan keperluan spt pakaian, makanan atau perhiasanKamus Dewan Perdana
epizoithaiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginyaKamus Dewan Perdana
pengemulsibahan kimia yg ditambahkan pd bahan lain yg dlm keadaan emulsi spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerinKamus Dewan Perdana
endospermatisu yg terdapat di dlm kantung embrio tumbuhan berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa proses percambahanKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas