Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
serot rezeki[s«.ҍ)t Ò«.z«.ki] menarik rezeki atau mengurangkan rezeki (berkenaan Tuhan kepada hambanya).Kalu suka buang makanan sat ni tuhan serot rezeki.[kA.lu su.kA bu.wAN mA.kA.nAn sAt ni tu.hAn s«.ҍ)t Ò«.z«.ki]Kalau suka buang makanan nanti tuhan tarik rezeki.
   2. berkenaan dengan makanan yang tidak lebih dan tidak kurang.Laok tu cap-cap untok sepuloh orang saja.[lAo/ tu tSAp.tSAp un.to/ s«.pu.loh .ÒAN sA.dZA]Lauk tu tidak lebih dan tidak kurang, hanya untuk sepuluh orang.
pincok[pin.tSo/] kn makanan daripada campuran buah-buahan yang ditumbuk dengan sambal gincok   
gincok[gin.tSo]kata namamakanan daripada campuran buah-buahan yang ditumbuk dengan sambal petis pincok.   
bantut[bAn.tut]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada ikan haruan yang dibelah belakang dan disumbat dengan kelapa berserta cili, bawang, serai, kunyit dan sebagainya. Ikan ini kemudiannya dipanggang.   
pulot panggang[pu.lut pAN.gAN] sejenis. makanan daripada pulut yang dimasak dengan santan, dibungkus dengan daun pisang   
geronyok[g«.Òo.ø]kata kerjamengambil makanan dengan mencekuh sana-sini; geranyokCo masa makan tak geronyok laok.[tS mA.sA mA.kAn tA/ g«.Òo.ø/ lAo/]Cuba semasa makan tidak mencekuh lauk.
geranyok[g«.ÒA.ø]kata kerjamengambil makanan dengan mencekuh sana-sini; geronyok.Jangan geranyok laok, pak hang tak makan lagi.[dZA.NAn g«.ÒA.ø lAo pA hAN tA mA.kAn lA.gi]Jangan geranyok lauk, bapa awak belum makan lagi.
seredak[s«.Ò«.dA]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu makanan yang kering yang tidak boleh dikira seperti beras, kopi, gula dan lain-lainBaru tengah bulan beraih dah tinggai seredak.[bA.Òu t«.NAh bu.lAn b«.ÒAC dAh tiN.gAj s«.Ò«.dA]Baru tengah bulan beras tinggal sikit sahaja.
   2. menyelerak, menyepah-nyepah sesuatu seperti barang, perkakasan, rumput, makanan, pakaian dan lain-lain.Kak baru suson baju, sapa pulak yang mai kecaq ni?[kA/ bA.Òu su.son bA.dZu sA.pA pu.lA/ jAN mAj k«.tSA)Ö ni]Kakak baru menyusun baju, siapa pula yang menyelerakkannya?
12

Kembali ke atas