Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kobok[k.b/]kata kerjamengambil makanan dengan tangan pada makanan yang berkuah atau nasi tanpa menggunakan sudu.Jangan kobok gule tu, kang cepat basi.[dZA.NAn k.b/ gu.lE tu kAN tS«.pAt bA.si]Jangan ambil gulai itu dengan tangan, nanti cepat basi.
korek-korek[k.ÄE/.k.ÄE/]kata namasaki baki makanan.Kalau tak ade yang laen, korek-korek pon jadilah.[kA.lAw tA/ A.d« jAN lA.en k.ÄE/.k.ÄE/ pon dZA.di.lAh]Kalau tidak ada makanan lain, saki baki makanan pun jadilah.
gesok[g«.s/]kata adjektifberkenaan makanan yang tersekat di kerongkong.Kalo gesok cepat-cepat minum ae.[kA.lo g«.s/ tS«.pA/.tS«.pA/ mi.num Ae]Kalau makanan tersekat di kerongkong cepat-cepat minum air.
tambilan[tAm.bi.lAn]kata namasisa makanan.Lepaih makan sapu tambilan ataih meja.[l«.pAC mA.kAn sA.pu tAm.bi.lAn A.tAC mE.dZA]Selepas makan sapu sisa makanan di atas meja.
nyigai[øi.gAj]kata kerjamengambil makanan yang sedang dimasak.Mok gadoh kat abang, sokmo nyigai.[mo/ gA.doh kAt A.bAN s/.m øi.gAj ]Emak memarahi abang kerana sering mengambil makanan yang sedang dimasak.
pakoh[pA.kh]kata nama1. makanan yang disediakan selepas sesuatu upacara (seperti selepas gotong-royong, ceramah, bengkel dan lain-lain)Pakoh lepah teraweh tadi bubo kacang.[pA.kh l«.pAh t«.ÄA.weh tA.di bu.b kA.tSAN]Makanan lepas tarawih tadi bubor kacang.
seboi[s«.bj]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; sebam.Tok elok cakap mulot tengah seboi.[to/ E.lo/ tSA.kAp mu.lot t«.NAh s«.bj]Kurang sopan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.
rom[Äom]kata namasejenis makanan daripada isi biji getah yang diproses.   
sata[sA.tA]kata namasejenis makanan daripada isi ikan yang dicampur dengan kelapa, kunyit, bawang, halia, serai, kemudian dibungkus dengan daun pisang, dicucuk dgn buluh dan dibakar.   
monyeh[m.øEh]kata kerjamenyimpan makanan di dalam mulut tanpa dikunyah kerana sakit atau dipaksa makan.Malaslah suap nasik kat adek, monyeh aje.[mA.lAs.lAh su.wAp nA.si/ kAt A.de/ m.øEh A.dZ«]Malaslah hendak menyuapkan nasi kepada adik kerana dia hanya menyimpan di dalam mulut tanpa ditelan.
123

Kembali ke atas