Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bodayah[b.dA.jAh]kata adjektifberkenaan makanan yang banyak.Makanan kek rumah orang kawen tu bodayah sobab ramai yang tak datang dek ujan lobek.[mA.kA.nAn kE/ Äu.mAh .ÄAN kA.wen tu b.dA.jAh s.bAb ÄA.mAj .ÄAN tA/ dA.tAN de/ u.dZAn l.bE/]Makanan di rumah orang kawin itu banyak sebab ramai yang tidak datang kerana hujan lebat.
hongeh[h.NEh]kata adjektif1. terlalu kenyang.Lobai Amat posan bilo makanan jangan sampai hongeh tak baek.[l.bAj A.mAt p.sAn bi.l mA.kAn dZA.NAn sAm.pAj h.NEh tA/ bAE/]Lebai Amat pesan, bila makan jangan banyak, tidak baik.
bolompap[b.lm.pAp]kata nama1. reja-reja daging.Kito orang popangka makanan cincang lompap pon jadi.[ki.t .ÄAN p.pAN.kA mA.kAn tSin.tSAN lm.pAp pn dZA.di]Kita orang penanggah makan cincang pun jadi.
celoi[tSE.li]kata namamengambil dengan menggunakan jari (seperti mengambil lauk di dalam mangkuk).Lauk dalam mangkok ni copek basi kalu kono celoi.[lAo/ dA.lAm mAN.ko/ ni tS.pE/ bA.si kA.lu k.n tSE.li]Makanan dalam mangkuk ini akan cepat basi jika diambil dengan jari.
bake[bA.ke]kata adjektifberkenaan makanan, tanah yang keras pada bahagian atas.Wajik tu kalau tolobeh gulo bake jadie.[wA.ji/ tu kA.lAw t.l.beh gu.lo bA.ke dZA.di.E]Wajik itu kalau terlebih gula, bake jadinya.
cokuih[tS.kuih]kata kerjamengambil sedikit makanan secara tidak tertib.Sapo yang cokuih gulai ni, sampai tumpah dibueke.[sA.p jAN tS.kuih gu.lAj ni sAm.pAj tum.pAh di.bu.wE/.E]Siapa yang mengambil gulai ini, hingga tumpah dibuatnya.
ledong[lE.dN]kata kerjaambil dengan banyak (tentang makanan).Samba tu tak podeh, dek tu abih diledonge.[sAm.bA tu tA/ p.dEh dE/ tu A.beh di lE.dN.E]Sambal itu tidak pedas, oleh itu habis diambilnya.
monenggek II[m.nEN.gE/]kata adjektifrasa (tentang makanan).Gula tu monenggek yo rasoe sobab tak cukup masak.[gu.lA tu m.nEN.gE/ j ÄA.s.E s.bAb tA/ tSu.kop mA.sA/]Gulai itu rasanya kurang sebab tidak cukup masak.
ginco[gin.tS]kata kerjamenggaul dengan tujuan menebatikan benda yang sikit kepada yang banyak (tentang makanan).Kok kuah kau dah abeh, poi gincoan nasik kau kek bolango tu.[ko/ ku.wAh kAw dAh A.beh pi gin.tS.An nA.si/ kAw kE/ b.lA.N tu]Kalau kuah kau sudah habis, pergi gaulkan nasi kau di belanga itu.

Kembali ke atas