Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Makanan EksotikTiadaUtusan Malaysia13.05.2008
Makanan Bicara KitaIsmail HashimMingguan Perdana25.05.2008
Makanan rohani (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia23.05.2007
Makanan minda AfdlinTengku Suzana Raja HamatKosmo18.05.2007
Makanan India: perkataan 'kari' ciptaan penjajah InggerisAzah AzizUtusan Zaman06.11.1977
Makanan yang menyihatkan badanDayang MUtusan Malaysia01.04.1998
Makanan: kekeliruan halal dan haramS. Othman KelantanMingguan Islam27.12.1985
Makanan Lazat Jadi HabuanRahman ShaariBacaria01.07.1987
Ngoyang makanan unik di Kampung BuntalTiadaUtusan Malaysia17.01.2008
Kuasa makanan (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia17.12.2007
123

Kembali ke atas