Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lang] | مالڠ

Definisi : 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lang] | مالڠ

Definisi : tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(36)

396

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Untung melambung, malang menimpa.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.
Kurik Kundi Merah SagaSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri.
Kurik Kundi Merah SagaPokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang jatuh ke paya, Pokok pauh bernama mangga; Apalah malang nasib saya, Sudah jatuh ditimpa tangga.
123

Kembali ke atas