Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan “segar malar” sebagai sinonim “malar segar”, seperti “lebih kurang” dapat bertukar ganti dengan “kurang lebih”? | Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". | Istilah | 02.05.2012 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Malar ke sekolah dengan kereta. 2. Malar pergi ke sekolah dengan kereta. | Ayat yang betul ialah Malar pergi ke sekolah dengan kereta. | Tatabahasa | 11.10.2019 |
assalamualaikum& salam sejahtera... apakah maksud sebenar bagi ayat 'malar segar'. Adakah ia sesuai digunakan bagi penggunaan dibawah? penggunaan: 'saksikan persembahan artis terkenal dengan lagu-lagu malar segar...' | Wa'alaikum salam. Malar segar bermaksud terus menerus segar. Maknanya sesuatu itu sentiasa segar seperti dalam lagu-lagu keroncong, asli, ghazal dsbnya yang sedap didengar oleh telinga. Ayat tersebut sesuai bergantung pada konteks lagu apa yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.Apakah ia lagu seperti yang dinyatakan di atas atau sebagainya. Terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2006 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya ingin mendapatkan kepastian bagi terjemahan istlah yang berikut. Apakah terjemahan paling sesuai bagi 'variable region' serta 'constant region'.Kedua-dua struktur tersebut terdapat pada imunoglobulin. Bolehkah saya terjemah 'variable region' sebagai kawasan boleh ubah manakala 'constant region' sebagai kawasan malar. Terima kasih atas bantuan. | Waalaikumsalam dan salam sejahtera, Terjmahan yang kami sarankan: variable region: bahagian boleh ubah constant region: bahagian malar Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.08.2017 |