Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pu] | ممڤو

Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ruat[Òu.wAt]kata adjektif1. mampu, upaya, berdaya, mampu, boleh, larat.Tok wan dah tua, mana nak ruat jalan jaoh.[to/ wAn dAh tu.wA mA.nA nA/ Òu.wAt dZA.lAn dZAoh]Datuk sudah tua, masakan mampu berjalan jauh.
sokia[s/.i).jA]kata adjektifmampu, tahan, sanggup.Dengan modai banyak tu hang sokia dak?[d«.NAn m.dAj bA.øA/ tu hAN s/.i).jA) dA/]Dengan modal sebanyak itu, mampukah engkau melaksanakannya?
tak keteruih[tA/ k«.t«.Òuih] tidak berkeupayaan, lemah atau lekeh, tidak mampu.Sampai nak tanggong belanja anak bini pon tak keteruih, apa guna jadi laki.[sAm.pAj nA/ tAN.goN b«.lAn.dZA A.nA/ bi.ni pon tA/ k«.t«.Òuih A.pA gu.nA dZA.di lA.ki]Belanja anak isteri sendiri pun tak tertanggung, apa guna jadi suami.

Kembali ke atas