Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pu] | ممڤو

Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Tak lagi mampu kupaksa.../ Tak mampu lagi kupaksa...' yang mana lebih tepatAyat yang yang betul ialah "Tak mampu lagi kupaksa"Tatabahasa28.06.2022
a) Saya cuma...." Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. b) Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata.Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata.Ejaan31.10.2011
Salam sejahtera Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya ATAU Mengapa sewa jika andan mampu milik mana satu struktur ayat yang betul? Terima KasihAyat yang betul ialah 'Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya'.Tatabahasa13.06.2008
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita.1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan.

2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita.
Tatabahasa06.03.2012
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN?Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan.Makna08.10.2009
asslamualaikum saya mampu menulis dan membaca dalam bahasa malaysia dan bahasa thai jadi bolehkah saya berkhidkmat dengan pihak andaSaudara boleh mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Personel. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan bergantung pada kekosongan jawatan yang ada.Lain-lain07.03.2008
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasratMampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasrat. Makna14.05.2008
Salam Sejahtera, Tuan, PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG TIDAK SESUAI Untuk makluman, MAMPU melaksanakan satu program pemantauan yang dinamakan program Mystery Shopping. Walau bagaimanapun, MAMPU telah menerima saranan istilah yang lebih sesuai digunakan menggantikan Mystery Shopping seperti berikut: a) MYSTERY SHOPPING bermaksud MEMBELI BELAH secara RAHSIA @ RAHSIA MEMBELI BELAH. b) MYSTERY SHOPPER adalah istilah yang betul dan digunapakai terutamanya di dalam industri fast food & retail. Untuk makluman, pada pandangan BPP2, istilah Mystery Shopper yang dicadangkan adalah merujuk kepada Pegawai-Pegawai pelaksana program sedangkan Mystery Shopping MAMPU merujuk kepada program. Sehubungan itu, mohon pandangan tuan berkenaan perkara ini dan mohon cadangkan sekiranya ada perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah "mystery shopping" dan "mystery shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Rahsia/Pembelian Misteri dan Pembeli Rahsia/Pembeli Misteri.Istilah12.05.2016
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih.

 

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya.



 

Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya.







 

Tatabahasa18.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas