Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pu] | ممڤو

Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mampu berbahasa IndonesiaPeladjarTiada1972 
Buletin MAMPUUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Tiada2014 
Hanya kasih sayang mampu menewaskan keganasanPerniagaan JahabersaTiada2005983-170-618-8
Nak, maafkan Ibu tak mampu menyekolahkanmu...Diva PressTiada2010978-602-955-963-7
Mesyuarat MS 9000 dengan mampuDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Taklimat kesetiausahaan pengurusan kewangan kepada MAMPUDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Mesyuarat MS ISO 9000 dengan pakar runding (MAMPU) ke 4Dewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Perkhidmatan Awam MalaysiaUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Tiada2006983-9827-20-0
Nilai unggul perkhidmatan awamUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Tiada2015978-983-9827-38-5
Manual prosedur kerja bahagian pentadbiran amUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Tiada1980 
12

Kembali ke atas