Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pd waktu atau pd ketika tertentu; apabila: ~ bertemu, kami berpeluk-pelukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakala

Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Perkataan "manakala" dikelaskan sebagai kata apa? Kata hubung atau boleh dikelaskan sebagai penanda wacana? Jika digunakan di hadapan ayat, perlukah diletakkan tanda koma? Ayat Contoh: Manakala, kurniaan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Jesus ialah bukti kenabian Jesus. Terima kasih.

Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”

Tatabahasa22.01.2020
contoh teks : Manakala bagi proses mewarna pula terdapat arahan "Gradient Tool", "Color" dan "Fill & Stroke". Soalan: 1) Perlu gunakan huruf besar atau pun huruf kecil untuk komponen bagi Adobe Illustrator tersebut seperti mana perkataan di atas seperti Gradient Tool, Color, Fill & Stroke, Menu Bar, Tool Pen dbsnya. 2) Jika saya tidak mahu menggunakan tanda ".." untuk bahasa Inggeris dan mengantikannya dengan font italic, adakah dibenarkan? Terima kasih.1. Untuk makluman, tidak perlu menggunakan huruf besar kerana bukannya kata nama khas.

2. Untuk perkataan bahasa Inggeris, italik lebih tepat jika digunakan berbanding tanda petik "/".
Lain-lain17.05.2016
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021
Selamat pagi, admin. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan manakala, adakah perlu tanda koma selepasnya atau tidak perlu? Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Manakala merupakan kata hubung dan tidak memerlukan tanda koma selepasnya.Tatabahasa15.05.2020
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa?Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi.Tatabahasa12.10.2015
Apakah maksud perkataan ambil dan bawa dalam Bahasa inggeris? Adakah ambil = take, manakala bawa= bring?Padanan terjemahan untuk take ialah mengambil, manakala bring pula ialah membawa.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2021
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil.Lain-lain08.10.2021
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ?1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB...

2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". 
Tatabahasa29.06.2018
Perbezaan pengunaan perkataan banyak dan ramaiBanyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Makna23.11.2016
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) Diagram vs Figure - bolehkah diagram diterjemah kepada 'gambar rajah' manakala figure kepada 'gambar' atau kedua-duanya sama? 2) Boulder vs Rock vs Stone - bagaimana hendak bezakan terjemahannya dalam BM kerana semuanya bermaksud batu. 3) Bats vs Clubs - bukankah kedua-duanya bermaksud kayu pemukul? Adakah terjemahan lain yang boleh membezakan antara dua perkataan ini?Dalam data rujukan kami, perkataan diagram boleh digunakan atau gambar rajah manakala figure diterjemah kepada rajah. Perkataan boulder pula diterjemah sebagai batu tongkol, rock diterjemah sebagai batu manakala stone melempar dengan batu. Perkataan bats diterjemah sebagai kayu pemukul manakala club sebagai kayu golf. Puan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian padanan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas